5 Tips Penjagaan Mata Agar Tidak Berkedut

Selamat pagi semua..Sihat tak?  Ina pula batuk dan selsema.Alhamdulillah,hujan renyai-renyai di kawasan kuantan pada pagi ini.Hujan rahmat orang kata.. boleh terus submit doa ye dakk? Moga urusan kita semua dilancarkan serta di percepatkan rezeki masuk.Samada rezeki kebahagiaan,kesihatan dan kekayaan.Aaminn..



Cara mengelakkan Kedutan Di mata

Semua wanita takutkan kedutan.Lebih-lebih lagi kedutan halus mula muncul di tepi mata atau bahagian mata.Betul tak korang? Termasuklah ina sendiri.Ehehehehe.. Iya,memang tak dinafikan ,semua manusia jika sudah berusia akan mempunyai kedutan.Tapi kan, jika boleh nak lah cuba elakkan betul?




Eh,tiba-tiba pula muka sendiri ni.Dah kenapa??? Ehem.. Bagi diri ina sendiri.Ramai yang mula memanggil ina dengan pangkat kakak.Walaupun ina muda dari orang tu tau belas tahun atau sebaya (tahun ni ina 31 tahun).hukhukhuk..Mula-mula memang sentap tau.Tapi nak buat macam mana,muka ina jenis matured.Tapi matured,belum lagi timbul garisan halus diwajah.Alhamdulillah.. tapi sekarang,ina positifkan diri.Takmau stress lagi..kang lagi nampak matured ya.


Baiklah, kita sambung topik diatas itu.Kedutan kat bahagian mata lah paling jelas kelihatan.Bahagian mata juga adalah bahagian yang paling sensitif.Jika korang duk mekap bahagian mata kan,korang duk tarik-tarik bahagian mata.Boleh jadi cepat timbul garisan halus.Ohhh...takutnyaaa..



Tips Elak Kedutan pada bahagian Mata 



1. SENAMAN WAJAH

Urut pada bahagian mata  secara perlahan lahan


Setakat ni, ina selalu amalkan senaman pada bahagian wajah pada waktu pagi.Especially bahagian mata.Mestilah kena titik beratkan.Pada bahagian mata ni,korang kena buat urutan secara perlahan-lahan dan tepuk manja sahaja.

2. SAYUR-SAYURAN

sayuran serta buah buahan  bagi mengelakkan kedutan

Korang juga boleh amalkan pemakanan sihat.Perbanyakkan makan sayur sayuran terutamanya yang mempunyai kandungan anti oksida yang tinggi.Contohnya Lobak merah.Kerana lobak mampu menghalang dari kedutan  pra-matang.

3. SUPPLEMENT

supplement

Tak dinafikan, supplement juga mampu membantu kulit dari kelihatan muda.Carilah supplement yang kaya  anti oksida tinggi..seperti Vitamin A,Vitamin C dan Vitamin E.


4. AIR MASAK

Perbanyakkan air masak dalam kehidupan seharian korang.Sehari berapa gels korang minum air masak? Jika kulit kering,makin cepatlah terhasil kedutan.Lepasni korang kena amalkan meminum air masak 3liter sehari iaitu bersamaan lebih kurang 7-8gelas, tapi bagi mereka yang mempunyai sakit buah pinggang tak digalakkan meminum banyak air.


5. SERUM KHAS


Serum Mata untuk elak kedutan


Okay,yang ini korang wajib beli. Jangan terlalu berkira tau untuk cantik.Ina sebagai surirumah pun,ina usaha juga beli tanpa guna duit suami.kikikiki.. Gunakan 2x sehari,pagi dan sebelum tidur. Lagi elok,selepas sapu serum khas untuk mata tu..,korang lakukan urutan seperti no 1 tadi.Supaya serum cepat meresap dan berkesan.Tetapi sapukan kearah atas sahaja.. jangan banyak arah sapuan..



Alhamdulillah,setakat ini sahaja perkongsian dari ina yang masih baru dalam penjagaan kecantikan.Ehh, dah masuk 3 series..baru terfikir nak cantikk...?Kikiki..Jika dahulu ina ni, semasa umur belasan dan 20-an langsung tak tahu menahu apa apa tentang kecantikan. Sehinggakan timbul satu tompok hitam pada wajah,masa tu..baru menggelabah,teriak nak mencari penyelesaiannya. Sikit demi sedikit, kesan tompok hitam seakan jeragat itu hilang.. Kisahnya disini >Bioessence 

4 ulasan:

  1. Sedihkan bila orang panggil kita kakak even kita jauh lebih muda

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha.. memang sedih.Tapi redha aje lah.Kikikikki..tapi ina langsung takpernah panggil makcik kat org tau.Punya jaga perasaan.. ekekeke

      Padam
  2. Wahh ada serum khas untuk mata jugak yer

    BalasPadam
  3. kita pakai serum bawah mata nak hilangkan kedutan

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.