SCAMMER detected! Hong Leong Bank

Pada mulanya,SA was was hendak menjawab panggilan  phone ni.Lagi lagi nombor tidak dikenali Call.Tetapi entah macam mana,jawab la jugak.Lebih kurang Jam 9pagi,kedengaran Suara perempuan dihujung talian (operator) yang memberitahu bahawa sa mempunyai tunggakan personal loan sebanyak tiga ribu ringgit dan sen sen di belakang)selama 3 bulan.

Nak tercabut jantung sa ni mendengar.Iya,SA ni housewife.Bila masa la pula buat loan,lagi satu.SA pelik sangat,housewife mana bole lepas buat loan (sebab tiada pendapatan tetap.. hihihi).Lagipun,sa bukanlah pemegang  akaun Hong Leong Bank.Dengan sepantas kilat,sa terus tekan nombor untuk disambungkan kepada "Ekskutif bertugas",kononnya. Dihujung talian tersebut,kedengaran suara seorang lelaki.

Lelaki tersebut meneruskan perbualan dengan SA..


Lelaki : Hello,boleh tuan/puan berikan nama dan IC?
SA: sangat terkejut. (Terdiam sekejap)sambil dalam hati terdetik (eh,kenapa bank ni,ada pelik.. kenapa nak minta nama dan IC. Sepatutnya,jika betul pihak bank (akan minta nama dan no kad bank).

Dengan kadar segera,SA matikan talian telefon.Mana lah tau,nanti kena pukau ke kan? ehehehehe..dalam telefon pun boleh tau.Sekarang ni memang sudah macam macam untuk mendapatkan wang ringgit.


Selepas beberapa minit kemudian,orang yang sama call sa.Reject terus sa segala call..takut punya pasal.Nombor telefon yang digunakan scammer ialah 00376268899 hampir menyerupai nombor Hong Leong Bank iaitu 0376268899

Jam 11pagi,sa berhubung dengan pihak Hong Leong Bank secara atas talian melalui facebook.Alhamdulillah,segala kekusutan telah dirungkaikan oleh pihak bank.Pihak bank mengatakan bahawa ianya scam. Iaitu pihak ke tiga yang menyamar sebagai bank bagi menjalankan kegiatan haram ini ( supaya mangsa menyerahkan maklumat peribadi seperti nama,nombor kad pengenalan,nombor kad bank serta nombor 4 digit di belakang kad bank tersebut kepada mereka ). Dahsyat kan? kerja scammer.

Hong Leong Bank

Hong Leong Bank .jpg

Facebook: Hong Leong Bank 

Alhamdulillah..sekalung tahniah diucapkan kepada Staff Hong Leong Bank atas respon pantas yang diberikan.Kini,sa sudah boleh menarik nafas lega..hehehe. Selesai.. 

Facebook page : Hong Leong Bank Malaysia

Korang,jika ada berlaku kes scam macam ni.Terus hubungi pihak bank tersebut bagi mengetahui perkara sebenar.




10 ulasan:

  1. ekin kalau no xde nama memang tak angkat.. lagi pun loni pakai app who calls taw dah sape pemanggil

    BalasPadam
  2. Awa skrg ni dok keja kena call ngan geng oversea.. kononnya nak upgrade website la, nak boom trafik la.. entah apa-apa.. malas nak melayan

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah kan.bahaya btl skg ni kan..macam2 trick dorang ni

      Padam
  3. bahaya sekarang ni, ramai orang terkena. alhamdulillah SA sedar awal ni kes scam, kawan aira punya mak kena pukau terus lenyap 30k, lepas dah bank in baru tersedar apa yang dia buat. huhu

    BalasPadam
  4. haish... bahya sngat skang ni... akak mmg tak angkat call dah skang ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ina jwb,kot mana la tau.Ada dpt job.ehehehe..verangan je dl.

      Padam
  5. kena hati-hati sekarang ni. tak boleh sembarangan percaya bulat-bulat untuk hal2 macam ni. lagi meragukan kalau mereka minta personal info kita

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.