Nasi Goreng IKAN BILIS

10:21 PG
alhamdulillah.. selepas berhempas pulas dengan karenah 2puteri dan seorang Putera(11bulan). Jam 12tengahari (baru siap ambil anak sulung tadika) barulah bole start memasak.

Periksa peti sejuk,ada ikan kerisi yang jiran kasi tempoh hari..(alhamdulillah,jimat duit poket 3hari tak perlu beli barang basah..tehehehehe..Moga murah rezeki jiranku).Dalam kepala,terus nak masak nasi goreng dan ikan goreng kerisi..hihihi.

Okay.. di bawah ni,ina sertakan resipi nasi goreng ikan bilis.Mudah dan sedapp..insyallah,dari airtangan sendiri dan dimasak dengan penuh kasih sayang seorang ibu dan juga mama anak 3..hehehe.Korang kalo masak sendiri pun,sedap jugak..janji masak dari hati.


BAHAN BAHAN

BAWANG MERAH (10 biji)
BAWANG PUTIH (3biji) goreng dengan kulitnya sekali  dan Ketuk bawang
CILI BOH (2sudu)
SAYUR SAWI (seikat)
IKAN BILIS (Segenggam)
NASI (siap masak)
GARAM (secubit)
MINYAK untuk Menggoreng

CARA CARANYA:


1. Kupas bawang merah dan tumbuk  sehingga lumat..(untuk bahan tumis)

2. Basuh bawang Putih dan goreng bersama kulit sehingga garing..ketepikan

3.Masukkan minyak dan  Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan dahulu.

4. Tumiskan bawang merah bersama bawang putih (yang diketuk) sehingga naik bau.

5. Masukkan cili boh,serta tumis sehingga pecah minyak dan betul betul garing(jika tidak,boleh jadi kes sakit perut akibat cili tidak dimasak dengan betul)

6. Masukkan sayur sawi,nasi putih dan gaul sebati. Perasakan dengan sedikit garam.

7. Akhir sekali masukkan ikan bilis,gaul lagi sekali.

8. Tutup api dan sedia dihidangkan.


***Selamat mencuba***

7 ulasan:

  1. Selalu masak ni bila dah bosan tak taw nak masak lauk apa dah. hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni masakan bila malas ina.. tehehehe.

      Padam
  2. amboi pokucu tunjuk maggi.. ni nasi goreng plak dh.. uji iman sungguh! :D hahaha

    BalasPadam
  3. manis2 ikan bilis tu memang sedapp

    BalasPadam
  4. Selalu masak menu ni. Paling senang 😊

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.