9 RAHSIA ==>> Kuey Teow Sup SEDAP

assalamualaikum.. dan halo halo halo.
Sementara menanti maghrib tiba,eloklah taip sikit entri resipi ni. Mudah dan sangat SEDAP! ecececehhh.. tekan Lift naik sendiri niiiihhh.. Hihihihihi.. Apa ada hal.Sendiri puji,sendiri makan sendiri resipi..ada sudah di olah sedikit dari mee sup yang sebelum sebelum ini buat nii. Alhamdulillah..Omputih kata,practise make perfect.. 


Kuey teow Sup sedap

BAHAN BAHAN :

AYAM (1/2 ekor)
SUP BUNJUT (Adabi)
KULIT KAYU MANIS (1 Batang)
BUNGA LAWANG (3 bunga) 
PELAGA (3 biji)
BAWANG MERAH ( 10 biji )
BAWANG PUTIH ( 1 LABU)
HALIA (Saiz sebesar kelingking dewasa)
SADERI
DAUN BAWANG (1 Ikat 30sen)
LOBAK (1biji)
TAUHU (2BIJI) 
GARAM (secukup rasa)
AIR (Untuk mereneh ayam)


*****RAHSIA SEDAP DALAM PEMBUATAN MEE SUP*****

1. BAWANG PUTIH ( 1 LABU ) Di GORENG bersama KULIT yee.. sehingga garing (jangan hangus)

2. RENIH Ayam sehingga mendidih (Maksud disini, ayam itu mengeluarkan semacam minyak...berminyakk) Berlemiin.. macam pakai gincu tuu..

3. BAWANG MERAH ditumbuk (jangan blender ya.. kurang KICK nantiii)



********************************************




CARA CARANYA :

1. Potong ayam dan basuh sebersihnya...Dan masukkan Air kedalam periuk (campak ayam dahulu kedalam periuk bersama air)

2. Reneh ayam..biar, tinggalkan dahulu atas dapur

3. Sementara itu, Kupas bawang merah (basuh) dan tumbuk sehingga lumat bersama halia.(Masukkan terus kedalam periuk tadi)

4. Goreng Bawang putih sehingga garing (tanpa perlu kupas kulitnya..) Tumbuk dan letakkan didalam periuk tadi  .. (masa ni kan,, baunya dah naik..memang sedap sangat.. dah macam kat kedai makan pulak dahhh..)

5.  Tumiskan ( 3beradik : pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang)

6. Masukkan bahan tumis (3 beradik) kedalam periuk.

7. Last sekali masukkan Tauhu,daun bawang, lobak (yang dipotong dadu kedalam periuk )

8. Perasakan dengan garam..


9.Sedia dihidang



****Selamat  mencuba..
Jika artikel ini bermanfaat..Sila lahh BerKONGSI

8 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.